Thursday, October 7, 2010

Vaksin


VAKSIN : HALAL ATAU HARAM ?
Meninjau Kehalalan Vaksin dan Bahayanya Bagi Tubuh

Apa yang anda ketahui tentang vaksinasi? Pernahkah Anda mempertanyakan kehalalan bahan- bahan yang digunakan? Atau pernahkah Anda mempertimbangkan sejauh mana kesan negatif yang akan ditimbulkan? Tulisan singkat berikut ini mudah-mudahan boleh menjadi bahan renungan bagi kita semua.

Vaksinasi adalah proses jangkitan (inveksi) yang berlaku secara semulajadi melalui cara tiruan. Vaksinasi biasanya dilakukan menggunakan bahan yang sama seperti misalnya vaksin campak dengan virus campak.

Untuk apa vaksinasi digunakan? Vaksinasi biasanya digunakan untuk penyakit-penyakit berikut:
1.Campak
2.Folio
3.Hepatitis
4.Flu dll.

Bahan Untuk Membuat Vaksin
Ada beberapa bahan yang boleh digunakan untuk membuat vaksin. Diantaranya adalah seperti berikut:

1. Virus
Virus yang digunakan untuk membuat vaksin ada dua cara iaitu:
a. Virus hidup yang dilemahkan dan dipindahkan melalui sel binatang beberapa kali dan adakalanya sampai 50 kali untuk mengurangi potensinya.
b. Virus mati yang dimatikan dengan haba (suhu tertentu), radiasi dan bahan kimia.

2. Bahan Kimia (lebih berbahaya/beracun dari vaksin)
Ada beberapa jenis bahan kimia yang biasa digunakan untuk vaksin antara lain seperti berikut:

a. Bahan Anti Bakteria (Neomycin)
Pengguaan bahan ini dapat mengganggu gastrousus untuk penyerapan B6 dan mendatangkan kesan epilepsy serta gangguan akal.


b. Bahan Pengawet
Bahan ini berfungsi untuk menghentikan aktifitas bakteria dan kulat (jamur). Contoh : thimerosal (bahan ini mengandungi 50% raksa). Thimerosal akan menjadi neurotoksin pada janin, bayi kanak-kanak, autisme.

Bahan pengawet yang lain adalah: phenoxyetanol

c. Ubat untuk merawat jangkitan (infeksi) kulat/jamur (Amphotericin)
Bahan ini dapat menyebabkan darah menjadi beku, kurang darah, gangguan buah pinggang, loya dan demam.

d. Perangsang Antibody(adjuvant)
Bahan-bahan yang biasa digunakan sebagai perangsang antibody (adjuvant) antara lain: aluminium, aluminium hidroksida, aluminium fosfat. Bahan- bahan tersebut dapat menyebabkan berbagai gangguan seperti berikut : gangguan kardiovaskular, keracunan darah, keracunan saraf, masalah pernafasan, Alzheimer, kejang, koma, gangguan system imuniti dan saraf.
Bahan lain yang juga sering digunakan sebagai bahan perangsang antibody adalah Amonium sulfat. Bahan ini boleh mengakibatkan gangguan ; gastrousus, hati, saraf dan pernafasan.

e. Bahan Pemantap
Dalam pembuatan vaksin bahan pemantap ini berguna seperti berikut:
• Mengekalkan keberkesanan semasa penyimpanannya
• Memantapkan ramuan vaksin dalam apa keadaan suhu dan sejuk beku.
Contoh bahan pemantap yang boleh digunakan adalah: laktosa atau Monosidium glutamate (MSG). Bahan ini boleh menyebabkan gangguan pada system endrokrin, gemuk, organ pembiakan, kerosakan sel saraf dan otak.
Bahan pemantap yang lain adalah: gelatin yang telah di hidrolisiskan.

3. Bahan-bahan lain yang (misalnya darah asing dan bahagian tubuh haiwan atau manusia).
Bahan ini diperlukan untuk memgembangkan virus dalam vaksin. Contohnya : tisu (sel) otak arnab, buah pinggang anjing, buah pinggang monyet, protein telur ayam dan itik, embrio anak ayam, serum anak lembu, darah babi atau kuda, nanah cacar lembu, janin manusia dan lain-lain.

Contoh vaksin dan organ haiwan yang digunakan:
1. Virus campak- embrio anak ayam
2. Virus polio buah pinggang monyet
3. Virus rubella sel diploid (sel janin manusia yang digugurkan atau dibedah)
4. Vaksin H.B mengandung 12 mcg raksa lebih 30 kali ganda daripada selamat.


**sumber : Intibah News

Thursday, August 19, 2010

BATUK & RAWATANNYA

DEFINISI

Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunyi yang tersendiri.

Ianya bertujuan melindungi dan membersihkan saluran pernafasan untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru.


Dr. Patrick Chan, perunding Pediatrik dan Dada memberitahu "Sebenarnya batuk ialah sejenis mekanisme pertahanan fisiologi yang penting. Ini merupakan cara semula jadi tubuh untuk melindungi sistem pernafasan dengan mengeluarkan bahan rengsa atau rembesan daripada saluran udara..."

PUNCA TERJADINYA BATUK

1. PENYAKIT AKIBAT VIRUS
2. JANGKITAN SALURAN PERNAFASAN
3. ALAHAN
4. ASMA
5. TERDEDAH KEPADA HABUK, ASAP
6. MEROKOK
7. PENYAKIT PARU-PARU KRONIK
8. PEDIH ULU HATI

RAWATAN PERMASALAHAN BATUK

1. Minum air yang banyak
2. Berhenti merokok
3. Kurangkan pengambilan minuman sejuk @ BERAIS
4. Elakkan terkena asap @ habuk
5. Mengambil madu + air @ Air + madu
6. Banyakkan rehat
7. Amalkan tabiat kebersihan


ANTARA KAEDAH TERAPI HERBA YANG BOLEH DICADANGKAN :

1. MADULIA : CAMPURAN MADU + HALIA MERAH, CENGKIH + KULIT KAYU MANIS -
Menghilangkan kahak dalam ruang pernafasan khusus pada mereka yang ada asthma

2. MINUMAN SERAI : Uncang serai keluaran HPA ini dihasilkan daripada proses serai jenis makan atau serai kampung ini juga sangat baik untuk mereka yang menghadapi masalah selalu kembung perut dan bertindak sebagai peluruh kahak

Walahualam

Wednesday, August 18, 2010

RISIKO UBATAN DADAH KEPADA KESIHATAN

Hidup dalam persekitaran yang udaranya tercemar dan kualiti airnya terjejas, ditambah pula dengan amalan gaya hidup moden yang tersasar; diet yang tidak sihat, kurang bersenam, tidur dan berehat, tekanan dan kegagalan mengawal emosi serta kelompongan spiritual, boleh menggandakan kemungkinan bagi sesiapa sahaja untuk diserang penyakit-penyakit di atas atau juga gejala-gejala lain yang seumpamanya.

Apabila gejala ini berlaku apakah yang anda lakukan? Mudah sekali. Anda akan menemui doktor atau ke farmasi, kedai singseh, malah ke kedai runcit di kaki lima jalan bagi mendapatkan ubatan dadah. Ini sudah menjadi rutin kehidupan dan masyarakat kita setiap kali gejala penyakit melanda.

`Ibuku, bapaku, nenekku dan datukku, semua mengambilnya', demikian bunyi sebuah iklan yang di radio, mempromosi sejenis dadah penenang kepala. Anda mungkin tidak terfikir, menyedari atau mempedulikan risiko mendatang yang mungkin menjelma setiap kali anda menelan ubat-ubatan dadah tersebut.

Akan tetapi, jika anda berkesempatan membaca buku Death by Prescription, anda pasti tersentak. Masalah yang mendepani Amerika Syarikat (AS) sekarang bukanlah, `dadah haram', tetapi `dadah yang dibenarkan'.


Anda mungkin berasa sedikit lega kerana angka besar ini berlaku di luar Malaysia. Namun hakikatnya kita semua tidak boleh memandang remeh, kerana masyarakat kita juga, sejak turun-temurun, dari generasi ke generasi dikenali sebagai pengambil dan pencinta ubatan dadah. Anda barangkali terpinga sejenak dan menggumal, ``Habis, dah tak ada ubatan lain.'' Benarkah begitu?

Pengarang buku ini, Dr. Ray D. Strand yang telah mendambakan diri selama lebih tiga puluh tahun dalam kerjaya sebagai seorang doktor perubatan, adalah di antara segelintir doktor MD yang secara berterus terang berani memperkatakan kesan dan bahaya preskripsi dadah terhadap kesihatan.

Falsafah beliau muktamad, ``Jika anda benar-benar perlu mengambil ubatan dadah, jadikan ia sebagai pilihan terakhir,'' tegasnya yang kini turut memasukkan beberapa nutrisi suplemen sebagai ganti ubatan dadah untuk pesakit-pesakitnya.

Beliau menyaran, agar pesakit tidak menyerahkan bulat-bulat kepada pengurusan Lembaga Makanan dan Dadah (Food and Drug Administration - FDA), in-dustri farmaseutikal, para doktor mahupun ahli-ahli farmasi ketika mendapatkan ubatan dadah.

Mereka perlu berwaspada dan mengambil tanggungjawab sendiri untuk melindungi diri dan orang tersayang. Ini kerana, `sistem' yang membentuk jalinan permintaan dan penawaran dalam industri farmaseutikal di AS ketika ini, tidak menyebelahi pesakit.
Oleh sebab kelemahan sistem ini, sejumlah ubatan dadah yang telah disahkan kesan negatifnya, masih boleh berada terus di pasaran. Umpamanya, ubatan bernama Seldane. Ubat ini hanya ditarik semula setelah 12 tahun berada di pasaran, meskipun diketahui adunan dadahnya, erythromycin - satu ramuan biasa untuk alergi, demam dan sakit tekak - boleh memberikan kesan luar jangka termasuk kematian mengejut.

Ubatan lain, Baycol yang boleh memberikan pelbagai kesan kerosakan, masalah ginjal, malah kematian, hanya ditarik dari pasaran sejak dua tahun yang lalu. Begitu juga dengan ubatan dadah seperti Rezulin yang terus digunakan secara berleluasa untuk mengawal diabetes, sedangkan ia terbukti dapat menjejaskan fungsi hati.

Dalam sesetengah kes, pengambilnya terpaksa melakukan pembedahan atau berakhir dengan kematian. Dadah ini telah menyebabkan kematian ribuan orang, tetapi malangnya masyarakat AS terpaksa menunggu selama beberapa tahun sebelum ia dilarang.

Selain daripada faktor kelemahan sistem dan organisasi pengurusan ubatan dadah, pengaruh iklan dan propaganda yang secara berleluasa dan berwenang-wenang memanipulasi emosi, sentimen dan kebuntuan masyarakat terhadap penyakit juga perlu dikawal.

Teknologi, pengetahuan dan pengalaman manusia tentang perubatan dan kesihatan telah berkembang maju. Tetapi malangnya, ketika manusia semakin memahami dan mendalami anatomi, fisiologi dan histologi tubuhnya sendiri, kecenderungan dan arus perdana dunia perubatan moden, mendorong mereka bergantung kepada ubatan dadah sintetik, untuk mendapatkan kesihatan dan kecergasan, sambil mengabaikan fungsi dan potensi biologikal sistem pertahanan semula jadi atau imunologi tubuhnya sendiri.

Kini, melalui klinik perubatan modennya, Dr. Ray Strand, giat mendidik dan memperkenalkan pesakitnya dan masyarakat dengan konsep cellular nutrition, iaitu suatu kaedah terapi pembaharuan sel yang berasaskan pengambilan nutrisi-nutrisi tertentu yang telah diuji secara klinikal bagi memperbaiki metabolisma, sistem endokrin dan seterusnya membolehkan tubuh mencapai homeostasis.

Friday, August 13, 2010

Demam & Muhasabah

Apabila kita demam,tenang-tenangkanlah hatimu kerana hati yang tenang akan mempercepatkan kesembuhan dengan Izin Allah. NIkmatilah kesakitan dengan sempurnanya sambil hati jangan dimatikan dari terus memuji zat yang menciptakan diri. Dialah Allah yang menjadikan kesakitan dan sedikit kepayahan dalam hidup untuk disempurnakan ganjaran di akhirat nanti. Dialah Allah yang sedia mendengar rintihan hamba-hambanya ketika menahan kesakitan kecil maupun besar. Dialah Allah yang tidak pernah meninggalkan manusia ketika ditimpa kesusahan. Maha Suci Dia yang ujud dalam setiap nafasmu dan semua penciptaannya.

Takala tubuh menjadi lemah jangan dibiarkan hati dan fikiran juga turut lemah.Mata dan telinga miskipun tidak upaya menangkap dari rupa benda dan bunyi tetapi hati tetap terus menerus memuji ilahi. Kita bukan hanya bersyukur pada benda yang ada tetapi tetap bersabar takala tiada.

Demam menjadi pembakar pada racun dan dosa dan jalan mana yang kita sendiri mungkin tidak terduga. Hari-hari yang kita lalui terlalu banyak patah perkataan,arahan,tindakan yang telah dilakukan. Semuanya kita lakukan dengan sesumpurna mungkin tetapi mungkin ada lagi yang tersalah tafsir dan bahasa maka semestinya kita mengharap keampunan yang sempurna dari Allah. Setiap saat kita cuba menjadi manusia terbaik pada pandangan Allah ,namun sudah tentu tidak akan dapat memuaskan hati manusia semuanya. Kepada Allahlah kembali segala urusan.

Jika tubuhmu masih demam,teruskan muhasabah sehingga sampai renunganmu bahawa kesakitan itu merupakan bunga kasih dari tuhan. Jika engkau ditakdirkan sembuh ,teruskanlah kebaktianmu sampai nafas tidak upaya dihela lagi. Jika engkau di beri kesakitan yang panjang ,nikmatilah sebuah suratan tuhan padamu tanpa keluh kesah kerana Allah tidak pernah meninggalkanmu sedetik jua pun dan Allah mengangkat darjatmu dengan kepayahan pada tubuhmu itu. Berbahagialah.



** Dipetik dari blog pu sebagai nasihat dan pedoman diri **

Thursday, August 12, 2010

GASTRIK? PUASA?

PENGENALAN

Gastrik ialah pembengkakan atau peradangan selaput perut di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai GASTRIK.



BAGAIMANA IA TERJADI???

Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur atau menghadam bahan-bahan makanan. Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak atau menghadam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghadamkan atau mencerna permukaan perut yang juga merupakan daging. Apabila permukaan perut terhakis, asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan atau kecederaan yang mana ia membesar dan akhirnya menjadi ulser.

















PUNCA GASTRIK

Terdapat banyak punca yang mampu menyebabkan gastrik

1.
MEROKOK
2. Meminum minuman beralkohol
3. Jangkitan bakteria helicobacter pylori
4. Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan, jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser.
5. Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu.
6. Gaya hidup yang tertekan (stress)
7. Bahan-bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs).
8. Tempoh matang gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang suka makan :
• Nenas
• Mee Segera
• Jeruk kering dan Basah
• Junk Food
• Minum minuman bergas / berkarbonat
• Makan makanan berangin seperti pisang nangka
• Ubi, cempedak
• Makan makanan terlalu pedas
• Makan sehingga tersangat kenyang
• Makan makanan bercuka


TANDA GASTRIK

1. Kerap sakit kepala – bahagian kanan kepala terutama apabila lewat makan atau perut kosong
2. Loya atau mual
3. Demam gastrik – lupa makan pagi, tengahari / malam
4. Sakit perut dan sendawa
5. Muntah – kadang-kadang berwarna kuning dan kadangkala ada darah beku bergumpal atau darah dalam muntah

RAWATAN

1. Mengikut disiplin waktu makan
2. minum air suam selepas makan dan jangan bersulam minim
3. Elakkan junk food, Jjeruk dan mee segera
4. elakkan makanan menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa (ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung)
5. Elakkan minuman berkafein kecuali kopi Radix, minuman berkarbonat , minuman yang masam (orange, limau)
6. elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
7. elakkan makan terlalu kenyang
8. elakkan cuka, makanan yang pedas
9. elakkan atau kurangkan daging dan ayam (sukar pencernaan)
10. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan susu rendah lemak) –bukan semasa sakit

Tip Sepanjang Bulan Puasa

Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
• Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
• Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
• Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
• Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
• Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
• Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan

Hanya 51 dapur 22 hotel miliki sijil halal JAKIM

KUALA LUMPUR: Hanya 51 dapur restoran dan premis makanan di 22 hotel di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diberikan pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sehingga kelmarin.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, sehubungan itu menasihatkan umat Islam yang memilih berbuka puasa di hotel atau menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel memilih premis yang disahkan halal oleh JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Kelmarin, JAKIM menerima permohonan 10 hotel, dua daripadanya sudah diselesaikan proses dokumentasi, manakala lapan dalam proses semakan dokumen dan dijangka disegerakan proses pengauditan sebaik proses semakan dokumentasi selesai, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Wan Mohamad menasihatkan pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal tidak menyalahgunakan terma yang boleh mengelirukan pengguna seperti Bufet Ramadan kerana ia menggambarkan persediaan makanan adalah halal dan boleh dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengikut Akta Perihal Dagangan 1972.

Antara dapur yang mendapat sijil halal JAKIM adalah di :
1. Hotel Ancasa Hotel
2. Brisdale International Hotel
3. Crystal Crown Hotel
4. Dynasty Hotel Citrus Hotel
5. Grand Seasons Hotel
6. Pan Pacific KLIA
7. KLIA Hotel
8. Hotel Putra
9. Legend Hotel
10.Midah Hotel
11.Ming Court Hotel
12.Corus Hotel
13.Puteri Park Hotel
14.PNB Darby Park Executive Suites
15.Quality Hotel City Centre
16.Residence Hotel Universiti Tenaga Nasional
17.Seri Pacific Hotel
18.Hotel Maluri
19.The Plaza Hotel Kuala Lumpur
20.Tradewinds Hotels & Resorts

Orang ramai boleh melayari web halal di www.halal.gov.my untuk menyemak restoran dan premis makanan di hotel berkenaan yang mendapat sijil pengesahan halal JAKIM.


BERITA HARIAN 11/08/2010