Sunday, March 20, 2011

Minum Rasulullah

Ibnu Qayyim berkata, "Rasulullah S.A.W biasa meminum madu yang dicampur air dingin". Yang demikian ini dimaksudkan untuk menjaga kesihatan, yang tidak diketahui manfaatnya kecuali orang para ahli perubatan. Minum madu yang dicampur air sebelum makan dapat meluruhkan kahak dan lendir, membersihkan pengendapan di perut, menyingkirkan hampas-hampasnya, membuatnya hangat secara semulajadi, membuka perintangnya. Hal yang sama dapat ia lakukan terhadap hati dan kandung kemih.


Thursday, March 17, 2011

Rasulullah S.A.W Menyukai Air Tawar Sejuk

Rasulullah S.A.W juga minum air sejuk yang manis (sedap), tapi bukanlah yang dimaksudkan di sini air yang manis kerana madu atau kurma kering, tetapi adalah air tawar yang segar. Rasulullah menyukai air tawar yang tersimpan di dalam kendi air (diperbuat daripada kulit kambing).


Rasulullah S.A.W telah bersabda ketika memasuki rumah Abu Haitsam Bin Taihan : "Adakah (padamu) air tawar yang tersimoan (semalam) dalam kendi?"


Disini kita melihat hakikat ilmiah yang sangat penting. Air yang tersimpan (disejukkan waktu malam) dan disimpan di satu tempat, maka kotoran-kotorannya akan mengendap dan kuman-kuman akan mati. Apa yang tertinggal adalah air yang bersih dan jernih.


Dari petunjuk Rasulullah S.A.W adalah minum dengan duduk dan diriwayatkan oleh Anas bin Malik, bahawa Rasulullah S.A.W mengambil nafas tiga kali dalam sekali minum, dan baginda bersabda : "Itu lebih menghilangkan haus, lebih sihat dan lebih baik".


Bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Jika seseorang di antara kamu minum maka hendaklah meneguk air dengan beberapa tegukan, tidak dengan menuangkannya ke dalam mulut sekaligus, kerana datangnya penyakit limpa itu dari tegukan tergesa-gesa ini".


Dan Rasulullah S.A.W bersabda lagi yang bermaksud : "Janganlah kamu minum dalam sekali nafas : seperti minumnya unta, tetapi minumlah dalam dua atau tiga kali tarik nafas, ucapakanlah basmalllah dan hamdallah apabila selesai minum".


Di dalam ilmu kedoktoran moden telah diketahui bahawa minum air dengan sekali teguk saja ketika perut sedang kosong akan mengejutkan perut dan akan mengakibatkan kelainan fungsi dari usus kecil sampai usus besar dan muncullah rasa memulas di dalam perut. Hal demikian menunjukkan adanya tindakbalas penyakit pada usus besar.


Bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tutuplah bejana kamu dan ikatlah girbah kamu (girbah : kendi tempat air yang terbuat daripada kulit kambing). Sesungguhnya dalam setiap tahun ada malam yang turun padanya wabak penyakit, dan penyakit itu akan hinggap pada tiap bejana yang tidak tertutup dan girbah yang tidak terikat".