Friday, June 24, 2011

Akupuntur Point Du20 (Baihui)


Baihui merupakan titik akupuntur paling atas pada tubuh badan. Selain itu ia disebut juga sebagai '100 pertemuan' merujuk kepada idea bahawa ia tidak hanya titik pertemuan semua meridian Yang bahagian atas badan (termasuk saluran Hati), tetapi ia ditunjukkan dalam '100 jenis penyakit.'

Tindakan utama titik Baihui adalah untuk mengawal selia Yang, kedua-dua menarik 'Yang' ke kepala untuk merawat keadaan seperti kekurangan masalah berpusing, tinnitus, pening, kemerosotan visual dan keinginan untuk tidur, serta untuk merawat keadaan lebihan seperti sakit kepala, dan stroke.

Selain itu juga, Bahui mampu meningkatkan Qi yang tenggelam di hujung meridian dan menunjukkan rahim yang menurun, rektum dan vagina.

Menariknya, Baihui, sementara titik di saluran Du menghubungkan secara langsung ke otak, iajuga menghubungkan terus ke jantung melalui saluran berbeza. Dalam erti kata lain 2 teori yang bertentangan kelihatan diselesaikan di Baihui. Ini dapat dilihat dalam fakta bahawa Baihui ditunjukkan untuk pelbagai gangguan psiko-emosi, biasanya memelihara mata pada perikardium dan saluran jantung. Hasutan dan penindasan, ketakutan, debaran, penurunan daya ingatan, kekurangan tenaga, kekeliruan mental, banyak menangis, sedih mendalam, keinginan untuk mati, dan kegilaan, semua dirawat dengan Baihui.

sumber : terjemahan dari web dragon healing

Tuesday, June 14, 2011

Jantung Sebagai Pam Ajaib!!!




Jantung beratnya hanya seperdua ratus (0,5%) dari berat tubuh, tetapi memerlukan sekitar 5%nya dari darah yang mengalir dalam tubuh. Ini bererti jantung memerlukan zat makanan sebanyak 10 kali ganda dari organ tubuh yang lain. Organ jantung menyerap hampir 80% dari oksigen darah yang mengalirinya dibandingkan dengan 30% oleh organ tubuh lainnya.

Tuhan menciptakan jantung sangat unik, berbeza dengan organ-organ yang lain. Jantung bekerja mengepam darah tanpa perintah dari otak sedar kita. Sebab jika tidak, jantung akan berhenti bekerja sewaktu kita kita tidak sedarkan diri, tidur lena atau ketika kita terlupa.

Kita semua tahu bahawa jantung merupakan organ tubuh paling vital. Jantung yang besarnya lebih kurang sebesar kepalan tangan kita, memiliki berat 250-430 gram. Bila ia berhenti berdenyut, berhentilah seluruh aktiviti manusia (kematian).
Jantung mengepam darah rata-rata 70 kali per minit. Setiap kali jantung berdenyut, jantung mengepam darah sebanyak 70ml. Kerana itu dalam 1 minit jantung mengepam darah sebanyak 4.9000ml darah = 4,9 liter darah. Dalam 1 jam 4,9 lliter x 60 minit = 294 liter darah dipam oleh jantung, sehingga dalam waktu 24 jam x 294 liter = 7.056 liter darah dipam oleh jantung. Jika sebuah bas kota dijalankan siang dan malam tanpa henti, ia hanya akan menghabiskan bahan bakar minyak sebanyak 150 liter sahaja.

Dengan demikian kekuatan otot jantung kita dalam mengepam darah setiap harinya setaraf dengan kekuatan 47 buah bus kota; Ini merupakan sesuatu yang sangat luar biasa Tuhan ciptakan!!!


Wednesday, May 25, 2011

MANFAAT BEKAM - HIJAMAH

Rasulullah S.A.W bersabda : "Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pada malam ketika aku diisro'kan, kecuali mereka berkata, 'Wahai muhammad perintahkanlah umatmu berbekam!" (HR. Ibnu Majah)

Tuesday, May 24, 2011

Waktu Solat Dan Warna Alam

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo da
n seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .


Sumber :
Hasil Tulisan Ust. Zahazan

Cirit Birit (Diare)

(Bukhari- volume 007, buku 071, Nombor hadis 587)

Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah, "Saya mendengar Nabi bersabda, "Jika ada penyembuhan dalam pengubatan anda, maka itu ada dalam bekam, madu atau pembakaran dengan api di tempat-tempat yang sakit, tapi aku tidak suka dibakar dengan api."

(Bukhari - Volume 007, buku 071, Nombor hadis 588)

Seorang lelaki datang kepada Nabi dan berkata, "Saudaraku menderita sakit perut". Nabi bersabda kepadanya, "Beri ia madu!." Orang itu datang untuk kedua kalinya dan Nabi bersabda kepadanya, "Beri ia madu!." Lelaki itu datang untuk ketiga kalinya dan Nabi bersabda, "Beri ia madu!." Lelaki itu datang lagi dan berkata, "Aku telah melakukannya. "Nabi lalu bersabda, "Allah mengatakan yang sebenarnya, tetapi perut saudaramu telah berbohong. Biarkan dia minum madu!" maka dia meminumkan madu pada saudaranya dan kemudian saudaranya itu sembuh.

Dari hadis di atas jelas bahawa jumlah madu yang dikomsumsi pada masa dua yang awal tidak cukup untuk menyembuhkan sakit sehingga Nabi memerintahkannya untuk meminum madu hingga ketiga kalinya. Bersyukurlah kepada Allah, kemudian ia sembuh. Peristiwa tersebut adalah contoh yang baik yang menunjukkan bahawa dos yang tepat diperlukan untuk menyembuhkan penyakit. Dengan kata lain jika satu sudu makan madu tidak menyembuhkan penyakit, maka minumlah lagi dan lagi dan lagi sehingga cirit birit berhenti.

Sumber :
Rasulullah Is My Doctor
Jerry D. Gray

Sunday, March 20, 2011

Minum Rasulullah

Ibnu Qayyim berkata, "Rasulullah S.A.W biasa meminum madu yang dicampur air dingin". Yang demikian ini dimaksudkan untuk menjaga kesihatan, yang tidak diketahui manfaatnya kecuali orang para ahli perubatan. Minum madu yang dicampur air sebelum makan dapat meluruhkan kahak dan lendir, membersihkan pengendapan di perut, menyingkirkan hampas-hampasnya, membuatnya hangat secara semulajadi, membuka perintangnya. Hal yang sama dapat ia lakukan terhadap hati dan kandung kemih.


Thursday, March 17, 2011

Rasulullah S.A.W Menyukai Air Tawar Sejuk

Rasulullah S.A.W juga minum air sejuk yang manis (sedap), tapi bukanlah yang dimaksudkan di sini air yang manis kerana madu atau kurma kering, tetapi adalah air tawar yang segar. Rasulullah menyukai air tawar yang tersimpan di dalam kendi air (diperbuat daripada kulit kambing).


Rasulullah S.A.W telah bersabda ketika memasuki rumah Abu Haitsam Bin Taihan : "Adakah (padamu) air tawar yang tersimoan (semalam) dalam kendi?"


Disini kita melihat hakikat ilmiah yang sangat penting. Air yang tersimpan (disejukkan waktu malam) dan disimpan di satu tempat, maka kotoran-kotorannya akan mengendap dan kuman-kuman akan mati. Apa yang tertinggal adalah air yang bersih dan jernih.


Dari petunjuk Rasulullah S.A.W adalah minum dengan duduk dan diriwayatkan oleh Anas bin Malik, bahawa Rasulullah S.A.W mengambil nafas tiga kali dalam sekali minum, dan baginda bersabda : "Itu lebih menghilangkan haus, lebih sihat dan lebih baik".


Bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Jika seseorang di antara kamu minum maka hendaklah meneguk air dengan beberapa tegukan, tidak dengan menuangkannya ke dalam mulut sekaligus, kerana datangnya penyakit limpa itu dari tegukan tergesa-gesa ini".


Dan Rasulullah S.A.W bersabda lagi yang bermaksud : "Janganlah kamu minum dalam sekali nafas : seperti minumnya unta, tetapi minumlah dalam dua atau tiga kali tarik nafas, ucapakanlah basmalllah dan hamdallah apabila selesai minum".


Di dalam ilmu kedoktoran moden telah diketahui bahawa minum air dengan sekali teguk saja ketika perut sedang kosong akan mengejutkan perut dan akan mengakibatkan kelainan fungsi dari usus kecil sampai usus besar dan muncullah rasa memulas di dalam perut. Hal demikian menunjukkan adanya tindakbalas penyakit pada usus besar.


Bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tutuplah bejana kamu dan ikatlah girbah kamu (girbah : kendi tempat air yang terbuat daripada kulit kambing). Sesungguhnya dalam setiap tahun ada malam yang turun padanya wabak penyakit, dan penyakit itu akan hinggap pada tiap bejana yang tidak tertutup dan girbah yang tidak terikat".